Polis Indonesia telah menahan salah satu kapal mewah milih Jho Low yang ketika ini sedang berlabu di Bali. Kapal mewah dengan nama Equanimity ini memang dikehendaki oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi menyelesaikan siasatan kes pelaburan di Amerika Syarikat melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kapal berharga USD250 juta (RM982 juta+-) ini adalah sebahagian aset yang dikehendaki Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) bagi melengkapkan siasatan kes rasuah yang dikaitkan Jho Low dengan syarikat pelaburan 1MBDB.

jlow

“Kami telah memeriksa anak kapal sejak semalam. Kami bertindak selepas menerima kelulusan daripada mahkamah untuk merampas kapal ini,” kata pengarah ekonomi dan jenayah khas biro siasatan jenayah Indonesia, Agung Setya.

DoJ turut mengeluarkan kenyataan kapal ini dibeli oleh Jho Low menggunakan wang 1MDB untuk kegunaan sendiri. Ianya sebahagian daripada aset bernilai USD400 juta yang dikatakan dicuri oleh Jho Low. Namun tiada komen lanjut dibuat oleh Jho Low ketika ini.

BACA: Syarikat Pelaburan Strategik Kerajaan, 1MDB Bakal Ditutup

Sumber