Setelah sebulan berpuasa, hari paling dinanti adalah sambutan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan dan bermulanya bulan Syawal.

Meski tahun ini sekali lagi Aidilfitri disambut di dalam musim pandemik, hari raya masih boleh disambut dengan penuh makna walaupun dalam bersederhana.

Kebiasaannya, sepanjang sambutan Aidilfitri pasti terdapat beberapa perkara yang mencetuskan rasa tidak puas hati berlaku kepada anda.

Antaranya, kawasan parkir rumah penuh dengan kereta jiran, memakai baju raya sedondon dengan sofa dan hilang kasut di masjid selepas solat raya.

syawala_field_image_listing_featured.var_1528444721

Di dalam musim pandemik, anda mungkin berhadapan situasi tidak boleh menziarah keluarga, tidak boleh merentas sempadan negeri atau beraya di Zon bukan hijau dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Suasana seperti ini pasti mengundang perasaan bercampur baur sekaligus menghilangkan keseronokan di hari raya.

Tetapi, bukankah simbolik Aidilfitri adalah tanda kemaafan, perdamaian hati sesama umat manusia serta waktu sesuai untuk digunakan bagi melupakan kekhilafan lalu?

Oleh itu, bermaafan antara satu sama lain amat digalakkan kerana daripada kita bergaduh di hari yang mulia, lebih elok kiranya kita meraikan Syawal dengan nilai mulia.

Menerusi kempen Raya Kau Hijau SAFI Malaysia ingin menerapkan kepada rakyat Malaysia mengenai kepentingan bermaafan dan menjaga keselamatan diri di dalam musim pandemik Covid-19.

Selain itu, SAFI turut ingin mengajak orang ramai untuk menjaga keselamatan diri dengan mengikuti setiap SOP sambutan Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Berikutan sambutan Aidilfitri di musim pandemik, orang ramai turut digalakkan untuk mencuci tangan sekerap yang mungkin selepas menziarahi rumah jiran bagi mengelakkan virus Covid-19 daripada menjangkiti kita.

produk_safi

Dengan rangkaian produk SAFI meliputi produk rambut sehingga produk penjagaan kulit, SAFI turut menekankan penjagaan kesihatan terutama di musim pandemik.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan produk rangkaian SAFI layari kedai dalam talian Shopee.