Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah membuat panggilan telefon dengan Presiden Israel Isaac Herzog. Difahamkan panggilan telefon terbabit dibuat bagi membincangkan beberapa perkara.

Antaranya adalah Erdogan menekankan bahawa pentingnya menjaga hubungan antara Ankara dan Tel Aviv bagi menjamin kestabilan wilayah di Timur Tengah memandangkan kedua-dua negara adalah salah satu tumpuan utama kekuatan ketenteraan di rantau itu.

Dalam satu laporan oleh media antarabangsa memberitahu bahawa Presiden Turki menekankan agar hubungan antara Turki dan Israel dikukuhkan untuk keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah.

Selain itu, Erdagon juga menyatakan kepentingan untuk meneruskan perbincangan walaupun kedua-dua negara mempunyai perbezaan pendapat.

Selain itu, Presiden Turki turut membincangkan isu Palestin secara khusus. Dia menyatakan bahawa Turki menyokong sepenuhnya Solusi Dua Negara dalam konflik Israel-Palestin dan menyatakan optimis bahawa Solusi Dua Negara adalah jalan terbaik menuju perdamaian Israel-Palestin.

“Erdogan memberitahu Herzog bahawa masyarakat antarabangsa mengharapkan penyelesaian dua negara yang tetap dan komprehensif untuk konflik Palestin-Israel dalam kerangka resolusi PBB,” lapor media antarabangsa.

Kemudian, Erdogan menamatkan panggilan dengan membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang termasuk tenaga, pelancongan dan teknologi.

Panggilan telefon itu dibuat oleh tokoh Muslim terkenal setelah mengadakan perbincangan pada hari Sabtu lalu dengan presiden Palestin Mahmoud Abbas. Semasa perbincangan itu, Erdogan memberitahu Abbas bahawa Turki “tidak akan berdiam diri terhadap penindasan Israel terhadap Palestin.”

Menurut Times Of Israel, perbincangan antara kedua-dua pemimpin berlangsung selama kira-kira 40 minit, dan Herzog memberitahu Perdana Menteri Naftali Bennett dan Menteri Luar Negeri Yair Lapid mengenai panggilan itu.

Selama lebih dari satu dekad, Israel dan Turki mempunyai hubungan yang rapuh, dan hubungan itu mula merosot selama beberapa tahun terakhir. Walaupun Erdogan secara terbuka menentang Israel, Ankara terus menjalin hubungan terbuka dengan Israel, termasuk mengenai pelancongan dan perdagangan.

Tambahan lagi, panggilan telefon dengan Israel adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh Erdogan. Hubungan antara kedua-dua negara difahamkan bertambah baik setelah kejadian 2010 di mana kapal Turki Mavi Marmara yang dalam misi untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza dipintas dan diserang oleh tentera Israel.

Erdogan juga mempunyai hubungan yang kurang baik dengan mantan perdana menteri Benjamin Netanyahu, dengan keduanya sering menuduh satu sama lain secara terbuka sebagai pengganas atau pembunuh.

Turki dilaporkan telah mempertimbangkan untuk melantik duta baru untuk Israel dalam beberapa bulan terakhir, walaupun belum ada langkah rasmi yang dibuat.

Sentap dengan kecaman yang diterima, wanita Israel ini dakwa netizen Malaysia ‘kejam’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sentap Dengan Kecaman Yang Diterima, Wanita Israel Ini Dakwa Netizen Malaysia ‘Kejam’

Tindakan DragonForce Malaysia Bocorkan Data 280,000 Pelajar Israel Dapat Perhatian Media Pro-Zionist

Dalam Diam Israel Sebenarnya Ada Hati Pada Malaysia, Pasang Niat Mahu Jalin Hubungan