Jika anda sudah biasa menonton watak robot yang dihidupkan menerusi teknologi computer-generated imagery (CGI), dapatkah anda terima sekiranya satu filem itu dilakonkan sendiri oleh ‘robot sebenar’?

Ini merupakan projek baharu Bondit Capital Media, yang sebelum ini telah membiayai filem yang pernah tercalon dalam anugerah Oscar, Loving Vincent bersama Happy Moon Productions and 10Ten Media akan menghasilkan filem ‘b’ di mana mereka memilih Erica, sebuah robot Artificial Intelligence (A.I) untuk berlakon dalam filem tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem sains fiksyen ini akan dihasilkan dengan kos penerbitan USD70 juta (~RM300 juta) dan berkata Erica akan menjadi ‘bintang utama’ filem tersebut. b akan menceritakan kisah seorang saintis di mana projek mencipta DNA manusia sempurna miliknya berdepan bahaya di samping perlu turut menyelamatkan robot wanita yang diciptanya (Erica).

Saintis Jepun, Hiroshi Ishiguro and Kohei Ogawa adalah insan di belakang Erica. Mereka berdua mencipta Erica sebagai sebahagian daripada kajian mereka dalam bidang robotik. Mereka ‘mengajar’ Erica untuk berlakon serta melakukan pelbagai perkara lain yang boleh dilakukan oleh manusia biasa.

Menurut salah seorang penulis filem ini iaitu Sam Khoze, disebabkan Erica bukan manusia sebenar, Erica perlu belajar daripada mula untuk melakonkan watak beliau. Erica juga perlu belajar mengawal ’emosi’, pergerakan dan ‘perasaan’ apabila melakonkan watak beliau nanti.

Penggambaran filem b ini sudah pun bermula sejak 2019 lagi (untuk beberapa adegan) di Jepun dan pasukan produksi akan meneruskan rakaman di sekitar Eropah bermula Jun 2021. Pengarah serta pelakon lain yang akan bersama Erica masih belum lagi diumumkan.

Ia mungkin satu perkara yang unik tetapi bakal membuka dimensi baharu dalam dunia perfileman. Mungkinkah sejajar dengar perkembangan teknologi, dunia perfileman tidak perlukan lagi stuntman untuk melakonkan aksi bahaya di masa akan datang?

Bercerita tentang robot, Gundam skala sebenar sedang dibina di Yokohama. Baca lagi pada pautan di bawah.

Gundam Factory Yokohama Bakal Dibuka Kepada Umum Pada October 2021

Arab Saudi Jadi Negara Pertama Beri Kerakyatan Kepada Robot

Kenapa Nama Muhammad Ali Di Hollywood Walk of Fame Tidak Berada Di Lantai?

Sumber