Malam semalam heboh dengan kes seorang pelakon popular tanah air yang ditangkap kerana memiliki dadah. Pelakon berkenaan terlibat dalam satu kemalangan antara dua kenderaan dan selepas disiasat, wanita berkenaan disyaki masih dalam keadaan khayal dan pihak polik turut merampas 53 biji dadah jenis Erimin 5.

Dadah jenis Erimin 5 ini sangat popular di Malaysia terutamanya kepada mereka yang kaki clubbing. Erimin 5 adalah nama jalanan untuk dadah dipanggil Nimetazepam, sejenis dadah sintetik yang dihasilkan buat pertama kali pada tahun 1962.

Dadah ini pada awalnya digunakan untuk merawat penyakit insomnia (susah tidur) yang kronik tetapi ianya telah digantikan kepada ubatan yang lebih kurang kuat seperti Etizolam. Ianya ditukar kerana Nimetazepam boleh memberi kesan yang tidak baik kepada pengguna dan boleh membuatkan pesakit ketagih kepada ubat ini.

Erimin 5

Namun, ubat ini seringkali dijual dalam pasaran gelap untuk kegunaan rekreasi dan terkenal sebagai ‘soft drug’ di kalangan pengguna dadah. Erimin digunakan sebagai club drug dan diambil dengan alkohol. Seringkali ia diambil bersama dadah lain seperti ecstasy, methamphetamine dan benzodiazepine untuk kesan khayal yang lebik kick.

Sejak November 2015, ubatan ini telah pun diberhentikan pengeluaran di Jepun. Erimin 5 ini kini sangat popular di Singapura, Indonesia dan Malaysia dengan nama Happy 5. Kenapa Erimin 5 ini sangat popular? Dadah ini hampir sama kesannya dengan ecstacy tetapi Eramin 5 lebih menjadi popular kerana dapat high dengan lebih cepat dan hebat berbanding esctacy.

Laman Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Mukah juga pernah berkongsi tentang bahaya dadah Erimin 5 ini di laman Facebook mereka tahun lalu.

Walaupun berbentuk hampir seperti lozenge, tetapi ianya bukan untuk merawat sakit tekak. Semoga tangkapan pelakon popular ini membuatkan anda lebih aware dengan dadah jenis ini.

Silap hari bulan, anda berdepan denda RM100,000 atau hukuman penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Hendak seronok punya pasal, merana tak tentu pasal anda nanti.