Saya pasti ramai yang menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan KL Sentral ke terminal KLIA dan pasti ada juga yang menggunakan servis itu mungkin setiap hari.

CEO ERL, Noormah Mohd Nor berkata syarikat beliau sentiasa mahu memenuhi permintaan para pelanggannya dengan servis yang terbaik, termasuk menambah frekuensi perjalanan ke KLIA dan keselesaan pengguna menggunakan servis itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi beliau menyatakan terdapat masalah yang mereka hadapi untuk menambah baik perkhidmatan mereka terutamanya untuk menawarkan tambang yang berpatutan untuk pengguna, di mana ada pengguna yang menggunakan servis itu setiap hari untuk pergi bekerja.

“Antara masalah utama yang kami hadapai adalah persaingan dari servis transportasi yang lain serta peningkatan kadar tambang sebanyak 47 peratus yang merupakan satu bencana,” kata Normah dalam perbentangan hujahnya pada 16th UITP Asia-Pacific Assembly Publication semalam.

Menurut statistik, sudah 30 juta pengguna meggunakan servis itu sejak ianya dilancarkan pada tahun 2002. Tambang KLIA Express telah meningkat dari RM35 ke RM55 awal tahun ini di mana rata-rata pengguna merasakan ianya terlalu mahal.

Harap-harap tambang ERL ini dapat kembali seperti dahulu. Option terbaik adalah dengan GrabHitch, di mana anda boleh carpool dengan pengguna lain untuk ke KLIA serta bayaran dibahagi mengikut jumlah penumpang. Jadi anda boleh jimatkan lagi tambang anda.