Firma perakaunan Ernst & Young (EY) telah memutuskan untuk melakukan transformasi dalam kriteria kemasukan ke firma mereka pada 2016 setelah menerima keputusan analisis yang telah dijalankan selama 18 bulan oleh firma pengurusan bakat Capp. Keputusan analisis menunjukkan pendekatan berasaskan kekuatan yang telah digunakan oleh EY dalam proses pengambilan sejak 2008 adalah petunjuk yang kukuh dan boleh dipercayai sebagai satu petunjuk dalam menilai potensi calon untuk berjaya dalam peranan yang diberikan.

EY1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini, pelajar yang mahu memohon di EY tidak lagi perlu mempunyai minima 300 UCAS poin (bersamaan dengan 3 B) dan 2:1 degree classification untuk melakukan permohonan. Sebaliknya, EY akan menggunakan cara baru dan penilaian ‘kekuatan’ dan ujian berangka secara online dipertingkatkan untuk menilai potensi pemohon.

Kelayakan Akademik Masih Penting

Transformasi kriteria kemasukan tanpa mempertimbangkan kelayakan akademik akan membuka pintu peluang kepada lebih ramai individu berbakat tanpa mengira latar belakang mereka dan menyediakan akses kerjaya yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, kelayakan kelulusan akademik masih diambil kira dan akan tetap kekal menjadi faktor penting dalam pertimbangan apabila melakukan penilaian ke atas calon secara keseluruhan. Ini bermakna EY akan tetap menilai pencapaian akademik dan mengekalkan standard intelektual yang tinggi.

“Kelulusan akademik masih akan diambil kira dan memang tetap satu pertimbangan yang penting apabila menilai calon secara keseluruhan, tetapi tidak lagi akan bertindak sebagai penghalang untuk mendapatkan tempat di pintu kemasukan.” ujar Maggie Stilwell, Rakan Pengurusan untuk Bakat EY.

Kajian dalaman ke atas lebih 400 orang graduan mendapati saringan pelajar berdasarkan prestasi akademik semata-mata adalah satu pendekatan untuk pengambilan yang terlalu tumpul. Ini kerana tidak ditemui satu bukti untuk menyimpulkan bahawa kejayaan terdahulu di pendidikan tinggi berkait rapat dengan kejayaan masa depan dalam kelayakan profesional yang berikutnya.

“Sebaliknya, kajian menunjukkan terdapat korelasi positif antara kekuatan dan kejayaan di masa depan dalam kelayakan profesional.” terang Maggie Stilwell.

Maka, transformasi polisi pengambilan EY ini akan mencipta lebih banyak peluang yang adil dan saksama untuk semua calon dengan memberikan setiap pemohon peluang untuk membuktikan kebolehan mereka.

Ketua Perekrutan EY untuk UK, Dan Richards berkata:

“Di EY kita mahu menarik individu-individu yang bijak dan paling berbakat. Perubahan yang kita buat dalam proses pengambilan ini akan membantu kita untuk akses lebih luas dan dalam bakat-bakat yang ada. Kita mahu setiap calon mendapat peluang untuk menunjukkan kekuatan dan potensi mereka di dalam proses pemilihan kita.”

Malah, ia akan membantu mewujudkan budaya yang lebih inklusif di firma dan dipercayai akan memacu perniagaan EY ke hadapan dan dapat menyampaikan hasil yang lebih baik untuk para pelanggan EY.

Oleh itu, EY merancang untuk melancarkan sumber pembelajaran secara online untuk memberikan semua calon dari pelbagai latar belakang mempunyai akses ke atas informasi dan kemahiran supaya mereka dapat memainkan peranan sebagai graduan dengan lebih mudah.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber