Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, Eropah telah memperkenalkan satu perundangan baharu bagi melindungi orang Eropah daripada kemalangan jalan raya, kualiti udara yang buruk dan perubahan iklim dengan mewajibkan semua kereta menggunapakai sistem teknologi had kelajuan pintar yang dikenali sebagai Intelligent Speed Assistance (ISA).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan,  sistem ini akan menjadi mandatori untuk dipasang pada kesemua kereta baharu yang akan dijual pada pasaran Eropah mulai Julai 2024.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sistem yang bakal dilaksanakan ini menggunakan beberapa perkakas canggih seperti sensor onboard, radar, kamera, GPS dan laser yang dipasang terus pada model-model kereta baharu nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=Ut7KeWK1nvE

Kesemua perkakasan lengkap itu dapat membantu pemandu dengan memberi peringatan apabila melebihi had laju dibenarkan atau melaraskan kelajuan kenderaan mengikut had laju ditetapkan secara automatik mengikut lokasi-lokasi.

Memetik perkongsian GizChina, beberapa model terpilih daripada Honda, Ford, Jeep dan Mercedes-Benz sudah pun hadir dengan sistem ini untuk pasaran Eropah. PROSPER pula melaporkan apabila sistem ISA menjadi mandatori, ia dijangka dapat mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 26% hingga 50%.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu anda boleh lihat teknologi ‘dakwat digital’ boleh mengubah warna kenderaan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ketahui Teknologi ‘E Ink’ Yang Mampu Ubah Warna Kenderaan Dengan Mudah

Volvo Jadikan Model XC40 Sebagai ‘Teksi’ Untuk Uji Teknologi Baharu Pengecasan Tanpa Wayar

BMW Muncul Jenama Pertama Tawarkan Teknologi Kunci Kereta Digital Bersama Apple