Kesatuan Eropah merupakan salah satu organisasi yang giat memperjuangkan penggunaan USB-C kerana dilihat lebih praktikal dan mesra alam. Namun begitu, Apple masih menggunakan port  pengecasan Lightning sehingga ke model iPhone terkini.

Perkara ini bagaimanapun bakal berubah kerana Kesatuan Eropah telah meluluskan kewajipan semua pengeluar peranti menggunakan penyambung USB-C sebagai port pengecasan yang selari pada peranti.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter

Difahamkan kesemua peranti elektronik perlu mengadaptasi USB-C menjelang akhir tahun 2024. Dengan penyalarasan ini, para pengguna mudah untuk menggunakan semula pengecas yang sedia ada sekaligus dapat menggurangkan sisa buangan elektronik di dunia.

Hal ini sekaligus bakal memaksa Apple untuk turut menggunakan pengecas USB-C yang mana sudah pun diadaptasi pada sebahagian produk lain seperti iPad Pro dan MacBook Pro. Malah, sudah timbul ura-ura yang mengatakan Apple bakal mengadaptasi seawal tahun hadapan menerusi siri iPhone 15 namun secara berperingkat.