Nampaknya penduduk sekitar Eropah boleh menarik nafas lega setelah sempadan antara negara Eropah sedia dibuka bermula Julai ini.

Pembukaan pintu sempadan ini secara tidak langsung bakal membenarkan orang ramai untuk mulai melancong di negara Eropah sekaligus merancakkan ekonomi semula setelah lebih tiga bulan disekat sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Milan
Sumber: Firstclasse

Difahamkan cadangan pembukaan pintu sempadan ini pada awalnya bakal dibuka seawal 15 Jun namun melihatkan kepada beberapa negara yang masih belum bersedia, tempoh pembukaan pintu sempadan antara negara bakal dibuka pada bulan Julai.

Mengulas dari segi angka kes positif wabak COVID-19, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Italy masing-masing mencatatkan ratusan kes sehari manakala angka kes positif di Britain masih lagi mencecah ribuan kes sehari.

Dalam pada itu, Malaysia sedia membenarkan orang ramai merentas negeri serta bercuti dalam negara bermula 10 Jun ini. 

Berada Di Fasa Pemulihan, Tanggungjawab Cegah COVID-19 Kini Di Tangan Masyarakat

Perjalanan Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun

Tempahan Hotel Hampir Penuh, Tempat Tarikan Pelancong Bakal Sesak Diserbu Rakyat Malaysia

Sumber