Pada 30 April lalu telah berlangsungnya acara Gymkhana Party di Hat Yai, Thailand yang mengumpulkan peminat-peminat sukan permotoran dari beberapa negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.

ES Racing Team, wakil tunggal dari Malaysia yang mempunyai empat orang ahli kumpulan telah merangkul beberapa kemenangan yang membanggakan melalui beberapa jenis kategori.

Bagi kategori ‘FWD Pro’, pasukan itu berjaya merangkul tempat pertama menerusi pemandu wanita Ng Aik Sha yang memandu Honda Civic EG6 dan tempat ke-3, pemandu Honda Civic EK9, Edwin Chan.

Ng Aik Sha bersama Honda Civic EG6 bersama piala-piala kejohanan yang dimenanginya | Sumber Gambar: ES Racing Team

Manakala kategori ‘Wanita’ pula, Aik Sha mempamerkan aksi luar biasa dengan Civic EG6 dan muncul sebagai juara, menewaskan pesaing-pesaing dari negara lain.

Selain itu, bagi kategori ‘Pro Terbuka Tanpa Had’, Aik Sha sekali lagi menggondol gelaran juara (buat kali ketiga), diikuti Edwin pula memenangi tempat ke-4.

Bagi pemandu Toyota Toyota Corolla KE 70, Eng Ding Yen berjaya mendapat tempat ke-2 dalam kategori ‘Pro RWD’. Manakala seorang lagi rakan pasukan itu, Vava Loh yang memandu Toyota GT86 memenangi tempat ke-4 bagi kategori yang sama. Vava juga menjadi naib juara bagi bagi kategori ‘Drift’.

Eng Ding Yen (kiri) bersama trofi kemenangan bagi kategori ‘Pro RWD’ | Sumber Gambar: ES Racing Team

“Ketika Gymkhana Party di Hat Yai hampir berakhir, pasukan kami meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan pada acara tersebut.

“Dengan kedudukan kami yang mengagumkan untuk pelbagai kategori, termasuk gelaran kejuaraan, penamat podium dan pengiktirafan Aik Sha sebagai ‘Fastest Of The Day,’ prestasi pasukan kami menunjukkan betapa komitednya kami mahu mencapai kemenangan yang cemerlang.

“Melangkah ke hadapan, kami berhasrat untuk terus membina kejayaan dan sambil terus menolak sempadan prestasi dalam perlumbaan akan datang,” kata ES Racing Team.

Dalam pada itu juga ES Racing Team turut merakam ucapan terima kasih buat para penaja seperti TRAPO, Proshield, Race Chip, Espitwork dan Estrada Motorsport yang memberikan sokongan jitu buat pasukan itu sehingga berjaya merangkul pelbagai kemenangan membanggakan di acara Gymkhana Party.

Bagi anda semua yang mahu mengikuti perkembangan ES Racing Team bolehlah follow akaun media sosial mereka – 

Sementara itu khas buat pembaca The Vocket, anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% dengan menggunakan kod trapoxesracing10.

Anda boleh dapatkan barangan TRAPO seperti tikar kereta, pengelap cermin, pemegang telefon, pewangi kereta dan pelbagai lagi di pautan ini dengan diskaun.

Promosi ini sah sehingga 31 Ogos 2023, tanpa sebarang had pembelian.