ESCAPE Cameron Highlands bakal menjadi permulaan kepada kebangkitan semula industri pelancongan domestik yang terjejas teruk selepas negara dilanda pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

Tarikan terbaru ESCAPE Cameron Highlands yang berkeluasan 60 ekar ini termasuk dari segi permainan, persekitaran serta tarikan akan berkonsepkan ala Eropah yang pertama di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara tarikan yang bakal menemui pengunjung nanti termasuklah sebuah lereng ski sepanjang 1.2 kilometer dengan ketinggian 920 meter. Malah, kemudahan lif ski seperti yang ada di kebanyakan tempat bermain ski lain turut akan dibina.

ESCAPE Cameron Highlands (5)

ESCAPE Cameron Highlands (2)

ESCAPE Cameron Highlands (3)

Bukan itu sahaja, permainan terkenal di Eropah juga akan diperkenalkan bersesuaian dengan temanya seperti street bowling, mengejar keju turuni lereng dan banyak lagi akan melengkapi taman tema ini. Malah, tempat penginapan mewah berkonsepkan ‘glamping’ dan vendor-vendor makanan turut akan tersedia.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, projek ini bakal memperkenal jenama bertaraf dunia yang 100% dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group, yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia.

Difahamkan, taman tema ini dijangka beroperasi pada suku pertama pertama 2023 manakala pembinaan fasa 2 dan fasa 3 akan dilaksanakan kemudian. Malah, setiap fasa akan diperkenalkan tarikan baru.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Cameron Highlands pada pautan di bawah ini.

Sejuk Dan Kabus Tebal, Keadaan Di Cameron Highlands Buat Netizen Tidak Sabar Untuk Berkunjung

Rasai Pengalaman Penginapan ‘Rare’ Dikelilingi Alam Semula Jadi Di A’moss Farmstay, Cameron Highlands