Siapa tidak kenal dengan Pablo Escobar, Colombian drug lord yang sangat terkenal. Di waktu kemuncaknya, dengan hanya menjual dadah beliau dapat menjana pendapatan sehingga berbillion dolar US setahun!

Dengan wang yang beliau ada, semestinya kena hidup mewah. Salah sebuah rumah yang pernah dimiliki oleh Escobar kini boleh anda diami kerana ianya telah ditukarkan menjadi sebuah hotel 5 bintang di Mexico. Resort Tulum, Casa Malca dihiasi penuh dengan koleksi seni milik Escobar yang dibelinya semasa hayatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari rumah sembilan bilik tidur, rumah agam ini kini ditukar menjadi sebuah hotel 24 bilik. Casa Malca mengalu-alukan orang ramai untuk datang melihat keindahan rumah ini dan karya seni yang terdapat di dalamnya. Antara karya seni yang kami nampak ada dalam villa ini adalah John-Michel Basquiat, KAWS dan ramai lagi.

Setiap bilik mempunyai dekorasi dan karya seni yang berlainan dan karya-karya ini akan diubah kedudukannya. Jadi untuk pelanggan yang sering berkunjung ke sini, hiasan seninya akan turut juga berubah.

Sudahlah ada karya seni, dapat pula bilik dengan pemandangan pantai dan laut Mexico yang mengancam. Apa lagi yang anda mahu? Bilik boleh ditempah di sini secara atas talian dan harga untuk setiap bilik adalah USD1,400 (lebih kurang RM6,000) satu malam. Harga yang anda perlu bayar untuk hidup gaya Escobar. Peace!