Sesiapa yang sering menggunakan perkhidmatan LRT dan berhenti di stesen Ampang Park, sudah pasti cukup sinonim dengan jambatan yang menghubungkan stesen dengan bangunan Intermark.
Terbaharu, kira-kira pukul 5 pagi tadi jambatan tersebut terbakar 90% melibatkan eskalator merebak sehingga siling bumbung premis. Anggota polis Daerah Dang Wangi menerima menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.16 pagi sebelum tiba 12 minit kemudian.
Dua jentera bomba dari Balai Bomba Setiawangsa kemudian sampai ke lokasi dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya, lapor Utusan Malaysia.
What a tragic scene!!!
The Intermark Bridge nearby the Ampang Park LRT is DAMAGED!#IntermarkBridge #LRT #MorningUpdate #MondayMorning
07/03/2022 : 9:04AM pic.twitter.com/Nw8DQq1SgL— πππ π»ππ πππππ πΌππππππππππ ο£Ώ (@tcwcs3006) March 7, 2022
βKejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas di suis kotak kawalan. Kebakaran itu menyebabkan kerosakan pada eskalator dan bumbungnya.
βPihak pengurusan menutup operasi eskalator kepada orang awam bagi langkah keselamatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.
@suhaila_sdn Escalator terbakar LRT Putra Ampang Park #fyp #fypmalaysia #ampangpark #lrtampangpark #intermark #kualalumpur #ajl #ajl36
Dalam satu hantaran video TikTok @suhaila_sdn, pihak myrapidkl mengambil maklum mengenai kejadian kemalangan tersebut dan menjelaskan bahawa eskalator tersebut merupakan di bawah pengurusan Intermark Mall. Ketika ini kontraktor yang dilantik Intermark sedang melakukan siasatan ke atas punca kejadian.
Tambah myrapidkl lagi, pihaknya sedang bekerjasama dengan Intermark Mall untuk mendapatkan tarikh eskalator tersebut akan kembali beroperasi semula kepada para pengguna.


Sementara itu, baca penjelasan pihak TGV berikutan isu filem Batman terpaksa mula semula selepas 45 minit ditayangkan yang menjadi pertikaian netizen.
Dikecam ‘Restart’ Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Ini Kenyataan Rasmi TGV Cinemas
Konvoi VVIP Halang Ambulans Dan Lalu Lintas Di Dua Lokasi Berbeza Cetus Kemarahan Netizen
Akui Anak Sakit Dan Sedang Berubat, ‘Kak Long’ Mahu Orang Ramai Beri Didikan Agama