Jawatankuasa bidaan sukan Olimpik Pari kini sedang meneliti kemungkinan untuk eSport bertanding di sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 2024. Ini mungin satu berita gembira buat gamers seluruh dunia kerana eSports kini sudah semakin dipandang serius oleh ramai.

Wakil jawatankuasa bidaan Paris, Tony Estanguet mengesahkan yang beliau akan bercakap dengan International Olympic Comittee(IOC) dan wakil dari komuniti gaming untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang prospek ini. Mereka mempunyai masa 7 tahun untuk berbincang dan membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf eSports ini sebagai sukan yang layak untuk ke Olimpik atau pun tidak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Remaja memang sangat berminat dengan eSports ini dan itu minat mereka. Suara mereka juga penting dan kita beri mereka peluang untuk bersuara. Saya tidak mahu terus berkata ‘tidak’ kepada eSports untuk bertanding di peringkat Olimpik,” kata Tony.

esportos

Paris sudah disahkan menjadi hos untuk sukan Olimpik 2024 selepas pencabar mereka, Los Angeles bersetuju untuk menjadi hos untuk tahun 2028. April lalu, Majlis Olimpik Asia telah mengesahkan eSports sebagai sukan berpingat untuk Sukan Asia 2022, satu langkah yang mengiktiraf eSports sebagai salah satu cabang sukan yang legit.

Masih ada yang skeptikal dengan perkara ini dan merasakan adakah para gamers sukan eSports boleh digelar atlet? Sebelum ini, aktiviti dengan pergerakan fizikal barulah boleh dianggap sebagai sukan.

Apapun, ianya satu langkah ke hadapan untuk sukan ‘orang muda’ diketengahkan ke peringkat tertinggi. Untuk Olimpik Tokyo 2020, sukan skateboarding buat pertama kalinya akan dipertandingkan di sana. Jadi tidak mustahil untuk sukan eSports membuat kemunculan sulung di Paris nanti.

Sekarang anda ada masa 7 tahun untuk asah bakat supaya peluang anda cerah untuk wakili negara. Semua ini bergantung kepada jawatankuasa Olimpik Paris sama ada untuk meluluskan usul ini atau pun tidak.

Sumber