Sebuah lagi jenama antarabangsa bakal menutup terus operasi mereka di Malaysia. Esprit Holdings akan menutup semua cawangannya di Asia (kecuali China) dalam usaha jenama berkenaan menangani cabaran perniagaan akibat COVID-19.

Esprit bakal menutup 56 butiknya di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau menjelang 30 Jun ini. Keputusan tersebut dibuat selepas kesemua cawangan ini menyumbang hanya 4 peratus daripada pendapatn global syarikat tersebut.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Ia sebahagian daripada inisiatif penstrukturan semula syarikat tersebut dalam menghadapi pandemik COVID-19. “Semua industri terjejas ekoran krisis kesihatan global ini. Kami mula merasai kesan di Asia dan kini di Eropah, di mana kebanyakan kedai kami ditutup,” kata Ketua Eksekutif Esprit Group, Anders Kristiansen.

Esprit sebelum ini telah menutup semua pasaran mereka di Amerika Utara pada 2012, serta butik mereka di New Zealand dan Australia pada 2018 kerana tidak mampu bersaing dengan jenama fesyen yang lain. Selepas ini, Esprit hanya akan memfokuskan pasaran mereka di Eropah serta China sahaja.

Esprit merupakan jenama yang diasaskan oleh Susie dan Doug Tompkins (pengasas jenama The North Face) pada tahun 1968 di San Francisco California.

Pada tahun 1979, logo Esprit telah dihasilkan oleh John Casado dan digunakan sehingga hari ini. Penggunaan tiga bar untuk abjad ‘E’ menjadikan logo Esprit antara logo yang dikenali di seluruh dunia.

Walaupun Esprit bakal ditutup dalam masa dua bulan lagi, anda tidak perlu tunggu butik Esprit dibuka semula kerana anda boleh membuat pembelian pakaian serta barangan aksesori seperti jam tangan dan cermin mata hitam secara online dengan kadar potongan harga sehingga 70%.

Klik di sini untuk membeli produk pakaian Esprit dan di sini untuk membeli aksesori Esprit. Selepas 25 tahun bertapak di Malaysia, kini Esprit terpaksa berpisah dengan peminat setianya di Malaysia. Selamat tinggal, Esprit.

Sebelum ini, jenama Gap dan Forever 21 telah menutup terus operasi mereka di Malaysia selepas tidak mampu lagi bersaing dengan jenama fesyen lain seperti H&M dan Uniqlo di Malaysia. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Gap’ Akan Tutup Operasi Di Malaysia Bulan Ini

Forever 21 Fail Notis Kebankrapan, Bakal Tutup Semua Cawangan Di Asia

Cawangan Speedy Di Mid Valley Tawar Promosi Mega Sebelum Tutup Operasi

Anda Mungkin Suka