Berita baik buat pengguna ETS, hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi para pengguna yang menaiki kelas bisnes ETS bakal berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma.

Berdasarkan kenyataan pengarah eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin penambahan perkhidmatan Wi-Fi bakal tersedia buat pengguna seawal dua bulan lagi iaitu sekitar bulan Mac.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Mohd Rani Hisham Samsudin selaku pengarah eksekutif KTMB

Dalam pada itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga berhasrat untuk menambah bilangan kereta api ETS sesuai dengan permintaannya yang semakin bertambah lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

Pertambahan yang bakal dibuat juga bakal melibatkan gerabak kelas bisnes yang ditawarkan dengan perkhidmatan yang lebih premium dan kondusif. Penawaran selimut, makanan dan minuman diatas gerabak serta beberapa fasiliti lain antara yang disediakan oleh pihak KTMB.

maxresdefault (2)

Kami harapkan perkhidmatan Wi-Fi yang ditawarkan adalah konsisten dan stabil bagi membolehkan pengguna menggunakan internet dengan lancar. Walaubagaimanapun, sebuah usaha menarik yang ditawarkan oleh KTMB

Sumber