Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seringkali kita membaca rintihan netizen dimana kereta api laju ETS kerap kehabisan tiket lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Pada waktu hujung minggu pula, pembeli nampaknya perlu menempah dengan lebih awal berikutan permintaan yang tinggi.

Sehubungan dengan keadaan semasa, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bakal menambah sebanyak sembilan kereta api baru menjelang September ini. Menariknya, kereta api yang bakal ditawarkan buat para pengguna ini turut dihadiri dengan koc business class yang hadir dengan beberapa servis istimewa serta Wifi.

maxresdefault-2

HYPE
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Pemain Bola Miliki Keyakinan Senyum Lebar Di Khalayak Ramai
Baca lagi →

Difahamkan kereta api baru ini bakal mula beroperasi seawal Oktober ini melalui laluan Gemas-Padang Besar, Kuala Lumpur-Butterworth, and Kuala Lumpur-Ipoh.

KTMB juga akan mempertimbangkan untuk mula meningkatkan jumlah trip di dalam sehari bergantung kepada permintaan. Buat anda yang sering pulang beraya menggunakan khidmat ETS, mungkin ini berita baik buat anda.