Segalanya semakin mudah dengan adanya akses sistem internet jalur lebar di seluruh negara. Disebabkan kita semakin mudah untuk berhubung antara satu sama lain secara atas talian, trend jualan secara atas talian juga kini semakin mendapat sambutan hangat dan pulangan dari jualan atas talian ini juga semakin lumayan.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memandang positif perkembangan trend jualan atas talian ini dan melancarkankan eU@Marketplace, sebuah program untuk usahawan mikro belajar bagaimana untuk mula berniaga secara lebih besar lagi.

Kenapa para usahawan mikro perlu mencuba eU@Marketplace ini? Jawapannya mudah. Program ini akan mengajar usahawan mikro untuk meningkatkan lagi hasil jualan anda dan juga membuat brand awareness untuk produk. Anda mesti mahu produk anda dinikmati oleh pelanggan dari serata Malaysia dan luar negara kan? Jadi inilah peluangnya untuk anda kembangkan lagi bisnes anda ke level yang seterusnya.

mdec-1

MDEC bekerjasama dengan 7 platform atas talian terkemuka di Malaysia untuk program eU@Marketplace ini. 7 platform ini adalah Lelong.my, 11street.my, AVANA, EasyStore, AmaxMall, MyBazaar dan Shopee. Inisiatif MDEC untuk membantu usahawan berniaga secara atas talian ini bermula sejak Julai 2016 dan MDEC berharap inisiatif terbaru ini dapat menyediakan peluang pemasaran agar usahawan dan peniaga dapat menjangkau pasaran yang lebih luas.

“Perkembangan teknologi maklumat kini dilihat sebagai pemangkin untuk perniagaan. Program eU@Marketplace ini dilancarkan ini akan memberi kelebihan kepada usahawan mikro untuk mejangkau pasaran luar dan mendedahkan produk mereka disamping meningkatkan jualan,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Dato’ Yasmin Mahmood.

Bersempena eU@Marketplace ini, majlis Daya eUsahawan 2016 turut berlangsung selama dua hari bermula 8 November lalu di mana para usahawan dapat mendengar sendiri perkongsian bersama pengasas-pengasas produk hebat di Malaysia antaranya D’Herbs, Naelofar Hijab, Fizo Omar Channel dan ramai lagi. Perkongsian ini sedikit sebanyak menceritakan perjalanan jenama-jenama besar ini bermula dan bagaimana mereka berjaya sehingga ke hari ini.

Menerusi Majlis Daya eUsahawan 2016 ini juga, MDEC memberi pengiktirafan untuk beberapa peserta yang kini berjaya menjana pendapatan yang baik secara atas talian selepas menggunakan platform MDEC ini. Masing-masing berjaya menggandakan pendapatan mereka dalam masa hanya setahun. Dari 3,000 peserta program eUsahawan ini, beberapa individu telah diiktiraf termasuk pihak-pihak yang terlibat.

Anugerah Pensyarah TVET Terbaik eUsahawan 2016
Puan Nik Suriani Bt Nik Fauzi (Politeknik Kota Bharu)

Anugerah Pelajar TVET Terbaik eUsahawan 2016
Nurul Athirah Binti Kamarul Zaman – Atyra Scarf (Politeknik Kota Bharu)

Anugerah Pusat TVET Terbaik 2016
Politeknik Kota Bharu – Jualan pelajar paling banyak (RM758,783)

Anugerah Pelatih eUsahawan Mikro Cemerlang 2016

Azriel Azim Azel

Anugerah Pensyarah TVET eUsahawan Mikro Cemerlang 2016
Rozita Halina Rosli

Anugerah eUsahawan Mikro Paling Berpotensi (Perniagaan Sedia Ada)
Nor Rashidah Bt. Abd Hamid – Baju Sedondon (Pendapatan RM8,250 sebulan)

Anugerah eUsahawan Mikro Paling Berpotensi (Perniagaan Baru)
Muhammad Akmal Danial Bin Shahril Dani – Dexandra Perfume (Pendapatan RM4,400 sebulan)

Anugerah Transformasi Program Bakal eJutawan Mikro 2016
Mohd Izzudin Bin Isa – tshirt printing, Gap Industries Sdn Bhd. Pendapatan selepas eJutawan – RM52,174.40. Jualan untuk 5 bulan bersamaan RM260,873.00

Anugerah Transformasi Program Bakal eJutawan Muda 2016
Muhammad Zakuan Bin Muhd Zain – Kijang Jersey. Pendapatan selepas E Jutawan – RM23,000 (Sebelum RM14,000)

Anugerah Penghargaan Khas
YBHG Datuk Haji Mohlis Bin Jaafar

Kini semuanya mudah untuk anda meluaskan empayar perniagaan anda. Kami yakin eU@Marketplace ini sememangnya tempat untuk anda belajar mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Takkan anda nak tengok orang lain sahaja berjaya? Anda juga boleh jadi seperti mereka! Bagi anda yang tidak mempunyai talian internet di kawasan rumah anda, anda boleh ke Pusat Pendidikan Latihan Teknik Vokasional (TVET) untuk menggunakan kemudahan internet di sana. Sekarang semuanya bergantung kepada diri anda untuk mula. Jadi untuk sebarang maklumat lanjut untuk menjadi seorang eUsahawan, anda boleh ke sini (www.mdec.my/eusahawan). Selamat berniaga!

mdec-2