Program Bootcamp eUsahawan kini berlangsung di Langkawi Kedah.

Program eUsahawan adalah antara inisiatif MDEC atau Malaysia Digital Economy Corporation untuk membantu para usahawan memajukan dan melonjakkan penjualan melalui ekonomi digital.

Melalui program yang dijalankan, MDEC sedia membantu para usahawan melalui sesi penilaian perniagaan yang dijalankan secara percuma. Selain itu, sesi 'pitching' produk di hadapan panel-panel yang terdiri daripada agensi keusahawanan di Langkawi antara yang ditawarkan buat para usahawan. Menarik bukan?

31676505_2075872419322204_5105177009118511104_n

Buat para usahawan atau bukan usahawan yang berkelapangan dan berada di sekitar Langkawi, anda dijemput hadir ke Program eUsahawan Global Fast Track Edisi Langkawi yang berlangsung pada 3 Mei sehingga 5 Mei 2018 bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Melalui program yang dijalankan, MDEC sedia membantu para usahawan melalui sesi penilaian perniagaan yang dijalankan secara percuma. Selain itu, sesi 'pitching' produk di hadapan panel-panel yang terdiri daripada agensi keusahawanan di Langkawi antara yang ditawarkan buat para usahawan. Menarik bukan?

WhatsApp Image 2018-05-04 at 8.35.05 PM

[caption id="attachment_147502" align="alignnone" width="1008"] Dato' Sri Najib Tun Razak beramah mesra dengan peserta eUsahawan berjaya dari Langkawi[/caption]

Salah seorang yang berjaya melonjakkan penjualannya melalui program eUsahawan MDec adalah Puan Latifah binti Samsuiman. Beliau merupakan pengurus restoran berkonsepkan hidangan arab. Berbekalkan ilmu yang ditawarkan MDEC, beliau berjaya melonjakkan lagi jualan bulanan beliau melalui medium online dimana beliau kini berjaya menerima hasil penjualan sekitar RM80,000 sebulan.

Lain ceritanya dengan Puan Fiona Gampeh yang menjalankan perniagaan menyewa homestay di Langkawi. Didapati jualan bulanan beliau turut meningkat sehingga RM14,000 selepas menyertai program yang dijalankan MDEC. Kami yakin anda juga bakal memperoleh pelbagai manfaat dengan menyertai program ini.

WhatsApp Image 2018-05-04 at 8.35.08 PM

Buat anda yang tidak sempat untuk ke Telaga Walk, Langkawi pada hari ini anda boleh klik di sini layari laman sesawang YouCanDuit. Terdapat pelbagai kisah inspirasi dan kejayaan usahawan keluaran MDEC yang dimuat naik khusus buat para usahawan diluar sana.