Disember lalu, Evian melantik pereka fesyen ternama Virgil Abloh sebagai ‘Creative Advisor’ untuk jenama berkenaan. Baru-baru ini, Evian memperlihatkan rekaan botol air kolaborasi bersama Virgil dan syarikat penapis air Soma.

Botol air kaca edisi khas ini turut akan hadir dengan lapik air yang diperbuat daripada silikon serta penutup botol yang diperbuat daripada buluh serta tulisan “RAINBOW INSIDE” di bahagian hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BtoLq89iWO8/

Evian berharap menjelang tahun 2025, jenama berkenaan dapat membotolkan airnya menggunakan 100% plastik kitar semula. Dalam masa itu, botol edisi khas ini dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk mendidik orang ramai supaya tidak terlalu bergantung kepada plastik dan mengisi air dalam bekas yang boleh dikitar semula.

Botol air edisi khas ini bakal dijual tidak lama lagi di MATCHESFASHION.com. Mungkin akan ada edisi lain untuk jualan di seluruh dunia? Sama-sama kita tunggu.