Nampaknya rakyat Malaysia bakal mempunyai bangunan kebanggaan terbaru menjelang tahun hadapan. Bangunan yang kami maksudkan adalah menara Exchange 106 yang bakal menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia.

Berdasarkan jadual, bangunan Exchange 106 ini bakal disiap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2018 dan bakal beroperasi pada suku ketiga 2018. Dengan ketinggian 492.3m disertakan dengan 106 tingkat, bangunan Exchange 106 ini sekaligus bakal memecah rekod menara berkembar KLCC yang berketinggian 451.9m.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: businesswire

Setakat ini Exchange 106 masih lagi dalam proses untuk disiapkan sepenuhnya dimana ketinggian kini telahpun mencapai ketinggian KLCC.

Dalam pada itu, takhta bangunan pencakar langit Exchange 106 sebagai bangunan tertinggi di Malaysia mungkin tidak lama memandangkan bangunan Merdeka 118 PNB dijadualkan bakal siap menjelang 2019

merdeka118cv
Rekaan konsep Menara Merdeka 118. Sumber: thecoverage

Untuk pengetahuan anda Merdeka 118 PNB merupakan sebuah projek dibawah Permodalan Nasional Bhd dan bakal disertakan dengan 118 tingkat serta ketinggian 600m. Kehadiran Merdeka 118 PNB sekaligus bakal menjadi bangunan kelima tertinggi dunia apabila mula siap sepenuhnya pada 2019