Aplikasi khidmat pelancongan terkenal di dunia, Expedia telah memperkenalkan cara lebih awesome untuk menjimatkan lagi percutian anda iaitu dengan memperkenalkan Expedia Add On-Advantage di Malaysia.

Ia berfungsi untuk mencari nilai terbaik dan kemudahan terkini dalam memberi kebebasan kepada pengguna untuk menempah penerbangan atau pakej terlebih dahulu pada harga pilihan mereka sebelum menambah tempahan hotel dengan diskaun sebanyak 58 peratus sehingga sebelum hari perjalanan anda bermula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Lavinia Rajaram yang merupakan Ketua Serantau Komunikasi Asia Expedia, “Tumpuan kami adalah untuk memudahkan serta memberi akses yang menyeronokkan untuk orang menyelidik dan menempah pengembaraan dengan pengalaman lancar pada mana-mana peranti. Dengan pengenalan fungsi terbaru ini pengguna dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu ke laman-laman web lain untuk bandingkan harga kerana kami menawarkan diskaun yang amat berbaloi.”

Kepada yang ingin mendapat diskaun ini, anda perlu muat turun aplikasi Expedia di peranti anda untuk menempah hotel untuk lancarkan perjalanan percutian anda.

IMG_7583

IMG_7654

IMG_7738