Bermula sebagai sebuah filem lumba kereta, kini Toretto dan ‘family’ akan beraksi di angkasa lepas pula. Itulah antara butiran terbaru filem F9: The Fast Saga yang akan ditayangkan pada bulan April 2021.

Perkara berkenaan disahkan oleh pelakon utama F9, Michelle Rodriguez ketika satu sesi temu bual di mana mereka akan ‘meninggalkan bumi’ dalam F9; sesuatu yang baharu untuk franchise tersebut. Ketika ditanya sama ada Letty akan bersama Ludacris untuk ke angkasa, Michelle kelihatan terkejut dan seterusnya mengesahkan adegan berkenaan.

“Oh, bagaimana kamu mengetahuinya? Nampaknya ada yang sudah mula cakap tentang filem ini. Sepatutnya ia kekal rahsia sehingga filem ini ditayangkan. Tetapi disebabkan sudah ada yang tahu, bukan saya yang akan ke angkasa lepas tetapi salah seorang watak perempuan dalam siri ini,” kata Michelle.

Franchise Fast & Furious sentiasa mahu berevolusi sehingga tiada lagi jalan cerita perlumbaan kereta seperti filemnya yang pertama. Dengan watak Han ‘hidup kembali’ untuk filem ini, Apa lagi kejutan yang akan diketengahkan oleh F9 nanti? Sama-sama kita tonton di pawagam April depan.

Sebenarnya pelbagai kejutan lain dikongsikan dalam trailer rasmi F9 dan anda boleh menontonnya pada pautan di bawah.

Tonton Trailer Rasmi F9 Yang Epik Dan Penuh Dengan Kejutan

Universal Kongsikan Teaser Poster Fast & Furious 9 Yang Pasti Buat Anda Teruja

Selepas Beraksi Bagai ‘Fast and Furious’, Mercedes-Benz Kuning Dari Kelantan Akhirnya Ditahan

Sumber