Sekiranya Apple mampu lakukan, Huawei juga mampu lakukannya dengan lebih baik. Bermula dengan teknologi seakan Force Touch yang mula diperkenal Huawei beberapa hari sebelum pelancaran iPhone 6s, pada kali ini Huawei nampaknya mahu sekali lagi menjadi pencabar Apple melalui teknologi Face ID.

Pengumuman yang dibuat sewaktu pelancaran Honor V10 ini memperlihatkan Huawei sedang dalam usaha untuk menguasai teknologi pengimbas wajah. Lebih menarik, Huawei turut menjanjikan daya pengimbas yang 10 kali lebih pantas berbanding iPhone X.

Huawei-depth-sensing-840×472

Huwei-Face-ID-004-745×405

Teknologi yang bakal diperkenal Huawei ini juga bakal membolehkan pengguna menggunakan pengimbas wajah untuk pembayaran atas talian seperti iPhone X. Bagi membuatkan teknologi yang dihasilkan lebih mirip dengan iPhone X, Huawei turut memperkenalkan aplikasi seumpama Animoji.

Dalam pada itu, pihak Huawei masih belum memberi bayangan smartphone manakah daripada keluaran mereka yang bakal menyertai teknologi seumpama ini. Mungkinkah Huawei P11 bakal menjadi smartphone pertama Huawei dengan teknologi seumpama Face ID?

Sumber