Umum tahu sejak mula pandemik COVID-19 mulai menular, orang ramai disarankan untuk memakai pelitup muka bagi mengelakkan penularan wabak ini.

Meskipun harga bagi pelitup muka sudah dikurangkan, masih terdapat lagi individu dan keluarga di luar sana yang tidak berkemampuan untuk menggantikan pelitup muka yang sudah digunakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Situasi yang sama turut berlaku melalui perkongsian seorang pengguna di Twitter yang berkhidmat sebagai guru iaitu Fazri HassanSemuanya bermula apabila beliau sebagai guru berbincang bersama murid-muridnya mengenai penggunaan pelitup muka ketika berada di kawasan yang sesak.

Sayu hatinya apabila mendapati terdapat muridnya yang menggunakan pelitup muka yang sudah kotor. Apa yang lebih menyedihkan, pelitup muka tersebut turut mempunyai kesan jahitan. Berdasarkan perkongsian, beliau mulai mengetahui terdapat murid-murid yang sekadar mampu untuk menggantikan pelitup muka selepas 2-3 hari penggunaan.

Melihat situasi yang berlaku, beliau telah memilih untuk menawarkan pelitup muka yang baharu secara percuma buat murid-murid yang tidak berkemampuan dalam usaha untuk membantu meringankan beban keluarga murid.

Berdasarkan perkongsian yang tular ini, beliau turut mengambil peluang untuk meminta mereka yang murah hati untuk berkongsi rezeki dalam menawarkan pelitup muka serta hand satinizer kepada mereka yang memerlukan atau kepada sekolah-sekolah yang berdekatan.

Situasi yang sama nampaknya turut berlaku di beberapa sekolah dan kawasan lain. Berikut merupakan antara perkongsian netizen mengenai penggunaan pelitup muka.

Perkongsian daripada lelaki ini nyata mendapat respon positif di kalangan netizen. Tidak kurang juga para netizen yang berkongsi laman web untuk mendapatkan pelitup muka dengan harga mampu milik dan berbaloi.

Semoga perkongsian positif ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan secara tidak langsung mengajak orang ramai untuk menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Tular beberapa hari yang lalu apabila pakcik ini terpaksa selongkar timbunan sampah semata-mata untuk mencari pelitup muka.

Takut Disaman, Pakcik Ini Terpaksa Selongkar Timbunan Sampah Untuk Cari ‘Face Mask’

‘Memang Kedai Cuma Tidak Berniaga’- Pemilik Dapur Disangka Kedai Makan Cerita Kisah Sebenar Kejadian Tular