Sekiranya anda cukup lama menggunakan Facebook, pastinya anda sering melihat perkongsian daripada rakan atau fake account di Facebook group yang memaparkan laman web dengan tajuk berunsur fitnah atau lucah.

Perkongsian seperti ini bukan sahaja mengundang fitnah dan membuat orang ramai terpedaya malah mampu membuatkan orang ramai ‘lari’ daripada Facebook serta beralih kepada platform media sosial yang lain.

maxresdefault

What-Is-Facebook’s-Lookalike-Audience-940×529

Sehubungan dengan itu, Facebook baru-baru ini mengumumkan mereka bakal menapis perkongsian pengguna yang kerap spam perkongsian yang tidak berkualiti atau dalam erti kata lain laman web yang berunsur fitnah dan lucah.

Dikhabarkan langkah ini dibuat setelah didapati pengguna yang kerap berkongsi perkongsian di Facebook setiap hari lebih terdedah untuk berkongsi perkara yang tidak sahih sekaligus membuatkan pengguna lain tidak selesa.

Harap-harap selepas ini tiada lagi perkongsian pengguna di Facebook yang mengaitkan artis atau pemimpin terhormat yang diaibkan atau difitnah sewenang-wenangnya.

Sumber