Menurut laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Glassdoor, elaun latihan industri atau lebih dikenali sebagai latihan praktikal di Amerika Syarikat yang ditawarkan oleh syarikat besar seperti Facebook, Amazon dan Google adalah lebih tinggi daripada purata gaji bulanan pekerja tetap di negara tersebut.

Facebook mendahului carta dengan median elaun bulanan sebanyak $8,000 (RM33,396), diikuti oleh Amazon sebanyak $7,725 (RM32,248). Tempat ke-3 pula dipegang oleh Salesforce, sebuah syarikat perisian berasaskan cloud dengan bayaran median bulanan sebanyak $7,667 (RM32,006) manakala Google pula sebanyak $7,500 (RM31,309). Jika dilihat, 5 syarikat teratas ini merupakan syarikat yang berasaskan teknologi dan kawangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laporan yang sama juga menunjukkan 25 pekerjaan entry-level dengan bayaran median bulanan tertinggi di Amerika Syarikat setakat tahun ini.

capture-20190517-133859

capture-20190517-134259

Sumber