Sebagai langkah keselamatan serta salah satu cara untuk mengelakkan fitnah mudah tersebar di Facebook, syarikat medial sosial berkenaan akan mula membuang serta mengharamkan video berunsurkan deepfake (klip palsu yang diubahsuai dengan bantuan AI).

Menurut Facebook, video-video ini sedikit sebanyak ‘mengacau realiti’ dan ia tidak sepatutnya memenuhi ruangan media sosial. Setakat ini, sudah ramai ahli politik serta artis yang menjadi mangsa kepada video deepfake ini. Ia sedikit sebanyak dapat menjejaskan reputasi individu berkenaan.

cof
HYPE
CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor
Baca lagi →

“Ada individu yang hanya menggunakan media sosial untuk manipulasi informasi dan menyebabkan kekacauan,” kata Monika Bickert, naib presiden polisi keselamatan Facebook. Facebook juga bakal membuat pelaburan USD10 juta untuk memajukan teknologi deepfake detection.

Bagaimanapun video deepfake berkonsepkan satira dan parodi akan dikecualikan (bergantung sama ada video berkenaan mencetuskan kontroversi atau pun tidak). Apa pun, ia adalah satu langkah yang baik kerana ada sesetengah pengguna Facebook yang langsung tidak dapat membezakan antara perkara yang benar atau yang palsu.

Tahun lalu, aplikasi ini cetus controversi apabila mampu hasilkan video deepfake yang nampak realistik. Anda boleh baca tentangnya lagi di sini.

Aplikasi Ini Cetus Kontroversi Kerana Mampu Hasilkan Imej ‘Deepfake’ Yang Realistik

Lihat Cara Syarikat Startup China Ini Buat Duit Dengan Jual ‘Likes’ Palsu Di Media Sosial

Anda Mungkin Suka