Seperti semua pengguna Facebook sedia maklum platform ini turut menyokong live video sama seperti Instagram. Kini selepas mengikat perjanjian dengan beberapa syarikat muzik terkemuka, Facebook bakal memperkenalkan ciri baharu yang hampir sama seperti Musical.ly di live video.

Ciri ini akan membenarkan pengguna untuk menyiarkan live video sambil lip sync lagu yang dipilih. Dilaporkan kini Facebook sedang membenarkan beberapa pengguna untuk mencuba ciri Lip Sync Live ini. Tidak cukup dengan itu sahaja, ciri ini juga disokong dengan face filter yang pelbagai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pastinya selepas ini ramai pengguna muda bakal kembali ke Facebook untuk menggunakan ciri ini.