Menurut laporan TechCrunch Facebook kini dalam proses menguji ciri terbaharu yang bakal membantu pengiklanan penjual-penjual di laman sosial tersebut. Ciri ini dikatakan akan melibatkan augmented reality. Pembelian atas talian pastinya akan lebih mudah selepas ini.

Ciri ini akan membenarkan pembeli untuk ‘mencuba’ terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu produk. Misalnya, pembeli boleh mencuba kesesuaian rekaan kaca mata termasuklah bentuk bingkai dan warna pada refleksi cermin kaca mata tersebut.

Setakat ini, jenama terkenal Michael Kors merupakan syarikat pertama yang sedang menguji ciri ini untuk tujuan pemasaran. Beberapa syarikat juga menunjukkan minat untuk menguji ciri ini antaranya syarikat yang menjual alatan kosmetik seperti Sephora, NYX Professional Makeup, Bobby Brown, Pottery Barn, Wayfair dan King. Syarikat-syarikat ini dikatakan bakal turut serta menguji ciri ini menjelang musim panas nanti.

sephora

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group