Kemajuan sosial media kini yang memudahkan sesiapa sahaja mendaftar akaun baharu sama ada untuk kegunaan sendiri atau anak-anak seperti yang dilakukan oleh kebanyakan selebriti masa kini.

Kini Facebook dalam usaha untuk menguatkuasa lagi undang-undang yang diperkenalkan beberapa tahun yang lalu mengenai penggunaan laman sosial tersebut hanya untuk individu yang berusia 13 tahun ke atas. Tetapi kini umum mengetahui ramai pengguna yang belum mencapai usia 13 tahun juga mempunyai akaun Facebook mereka sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2013031145childrensol.3084c

Dalam usaha untuk melaksanakan sekatan ini, akaun yang dikenalpasti sebagai individu yang belum mencapai 13 tahun haruslah dilaporkan kepada pihak Facebook dan kemudiannya akan diambil tindakan seperti pemantauan dan akhirnya dikunci. Jika pengguna memohon untuk membuka kembali sekatan akaun, pengguna diminta untuk menunjukkan dokumen yang membuktikan umur pengguna sudah melebihi 13 tahun.

Dikhabarkan juga akaun Instagram bakal menguatkuasakan undang-undang ini memandangkan media sosial ini dimiliki oleh Facebook. Mungkin ini caranya untuk menyekat pengguna kurang matang daripada terpengaruh dengan perkara negatif.