Nampaknya, kejuaraan e-sukan bakal dinikmati dengan lebih meluas buat para pencinta game online di seluruh dunia. Sebabnya, tidak lama lagi Facebook akan menjadi salah satu media informasi yang akan menayangkannya secara live.

Memetik laporan dari engadget, ESL sebagai penyelenggara e-sukan terbesar di dunia dengan kerjasama Facebook akan menayangkan kejohonan dunia dalam pertandingan Counter Strike GO bermula Jun ini.

Ini merupakan pertandingan CS GO yang bakal ditayangkan secara besar-besaran. Menurut ESL, tayangan e-sukan ini akan dilakukan secara langsung di Facebook selama 5500 jam yang mana 1500 jam antaranya merupakan konten eksklusif seperti kejohonan CS GO serta acara Intel Extreme Masters.

Tayangan global ini bakal hadir dalam bahasa Inggeris, Perancis, Protugal, Sepanyol, Poland dan Jerman. Anda boleh mula mengikuti perkembangan mereka di laman rasmi Facebook ESEA di sini.

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤