Facebook mengatakan pihaknya bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS $ 52 juta (RM 225 juta) untuk pekerja moderator kandungan yang mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) ketika bekerja. Perjanjian ini adalah lanjutan dari keputusan Mahkamah California Amerika Syarikat, yang mengawasi isu tersebut.

Bayaran pampasan ini akan diedarkan kepada 11 ribu pekerja moderator kandungan yang berusaha untuk menjaga setiap kandungan yang masuk ke platform Facebook.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Berdasarkan hasil penyelidikan, pekerja moderator kandungan Facebook, yang disewa melalui sumber luar iaitu Cognizant di Phoenix dan Tampa telah menerima kesan terhadap kandungan jenis kebencian, pembunuhan, bunuh diri, dan kandungan grafik lain.

Menurut Tech Crunch, Facebook telah menggunakan ribuan pekerja moderator kandungan bagi menyaring setiap catatan, gambar dan kandungan yang disiarkan ke laman Facebook. Mereka ditugaskan untuk menentukan adakah kandungan tersebut perlu dipadam atau dibiarkan setelah mendapat laporan dari pengguna yang menilai hantaran tersebut telah melanggar peraturan Facebook.

Salah seorang bekas pekerja moderator kandungan Facebook, Selena Scola mengatakan bahawa dia mengalami gangguan PTSD sejak menjadi moderator kandungan di Facebook. Dia turut menuntut agar pihak Facebook segera mengeluarkan dana bagi rawatan untuk semua pekerja moderator kandungan yang mengalami PTSD.

Facebook dalam satu kenyataan merakamkan satu ucapan terima kasih kepada mereka yang melakukan kerja penting ini dalam memastikan Facebook menjadi tempat yang selamat untuk semua orang. Mereka turut menyatakan kesudian mereka untuk memberi pampasan.

The Verge turut melaporkan bahawa syarikat Cognizant hanya membayar gaji AS $ 28 ribu (RM122,000) setahun untuk pekerja moderator kandungan Facebook. Mereka turut dikerah untuk tidak melakukan kesalahan dan sentiasa tepat dalam menilai semua kandungan di Facebook.

Akibat daripada kesan kerja, beberapa moderator kandungan mengaku telah didiagnosis dengan PTSD akibat bekerja dengan Facebook. Lebih parah lagi apabila Cognizant telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup perniagaan ini.

Berdasarkan perjanjian tersebut, jumlah wang yang akan diterima oleh setiap pekerja moderator kandungan melebihi AS $ 1,000 (RM4,000), bergantung pada diagnosis mereka.

Bagi mereka yang didiagnosis dengan kesihatan mental berhak untuk menerima wang tambahan sebanyak AS $ 1,500 (RM6,000), manakala mereka yang mengalami keadaan yang teruk sehingga kemurungan, misalnya akan mendapat sebanyak AS $ 6,000 (RM26,000).

Sebagai tambahan untuk pembayaran rawatan, moderator yang memenuhi syarat dengan mengemukakan bukti kecederaan lain yang mereka alami ketika bekerja dengan Facebook akan menerima hingga AS $ 50 ribu (RM217,000).

Tambahan daripada itu, Facebook merancang untuk menghantar pekerja moderator yang melihat kandungan negatif ke sesi kaunseling mingguan dengan pakar kesihatan mental dan sesi terapi kumpulan secara bulanan.

Berikut adalah bahan bacaan lain untuk anda, sila klik pautan di bawah.

Facebook Habiskan RM100 Juta Untuk Tanggung Kos Hidup Mark Zuckerberg

Pekerja Facebook Dan Google Dibenarkan ‘Work From Home’ Sehingga 2021

‘Hackers’ Jual 267 Juta Data Pengguna Facebook Dengan Harga RM2,000

Anda Mungkin Suka