Nampaknya segala mesej serta data peribadi anda di Facebook memang tidak selamat selama ini. Facebook terus berdepan masalah apabila melalui dokumen yang dilaporkan oleh Times, telah berkongsikan data peribadi pengguna Facebook kepada syarikat besar seperti Netflix dan Spotify di mana mereka mempunyai akses untuk membaca mesej peribadi pengguna Facebook serta mendapat beberapa data peribadi yang lain.

Perkara seperti nombor telefon dan mesej peribadi sepatutnya adalah rahsia dan tidak boleh diberi kepada sesiapa. Facebok juga turut memberikan akses kepada syarikat seperti Amazon untuk memudahkan syarikat berkenaan untuk mencari pelanggan baharu yang berpotensi untuk membeli belah di Amazon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikatakan antara tahun 2010 hingga 2018, Facebook membenarkan lebih 150 syarikat besar untuk mengakses data personal pengguna di Facebook. Ini termasuklah mesej peribadi, siapa anda berkawan, nombor peribadi dan pelbagai lagi data tanpa persetujuan dan pengetahuan pengguna Facebook.

Namun dalam kenyataan balas pihak Facebook, Facebook memberi keupayaan untuk syarikat-syarikat ini membaca mesej peribadi untuk memberi ruang kepada syarikat ini berinteraksi dengan pengguna Facebook. “Tiada pihak ketiga yang dapat membaca peribadi anda dan menulis kepada rakan anda tanpa meminta kebenaran. Kami mendengar khabar yang mengatakan kami memberi meej peribadi kepada rakan niaga kami dan itu tidak benar,” antara yang ditulis oleh pihak Facebook.

Ketika ini, Spotify masih mempunyai akses untuk kandungan Facebook Messenger untuk membenarkan anda berkongsi muzik ke Facebook. Jadi hati-hati jika berkongsi data peribadi anda di Facebook jika anda tidak mahu data diakses tanpa kerelaan.

Sumber