Facebook pada hari ini mengumumkan mereka bakal mengeluarkan sebuah kemaskini terbaru bagi memudahkan orang ramai untuk membaca berita tempatan dengan mudah.

Melalui kemaskini ini, pengguna turut berpeluang untuk mengetahui acara-acara yang berlangsung di kawasan sekitar anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault

Menariknya mengenai kemaskini ini, Facebook bakal menggunakan teknologi melibatkan AI untuk mencari berita-berita yang berkaitan dengan kawasan setempat pengguna untuk disiarkan bergantung kepada lokasi.

Dalam erti kata lain, sebarang blog atau laman web yang memaparkan berita tempatan akan lebih mudah disiarkan pada newsfeed pengguna. Sesuatu yang baru buat penulis dan blogger tanah air.

Melihat kepada apa yang diusahakan Facebook, jelas media sosial ini mahu memberikan yang terbaik kepada pengguna sekaligus mahu membunuh media-media klasik seperti surat khabar dan TV.

Sumber