Seringkali kita lihat ruangan komen di Facebook dibanjiri oleh meme dalam bentuk gambar atau gif yang pada dasarnya digunakan untuk menyajikan lawak jenaka kepada pengguna lain. Tetapi sesetengah meme digunakan dengan tujuan untuk ‘membahan’ sehingga menyinggung perasaan sesetengah kelompok pengguna.

Terbaharu menurut laporan The Verge , Facebook sedang dalam proses untuk menguji sistem Artificial Intelligent (AI) yang diberi nama Rosetta untuk mengenal pasti meme yang digunakan di laman sosial tersebut hanya sekadar berbaur jenaka atau boleh menyumbang kepada buli siber.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan setakat ini Rosetta telah berjaya mendapatkan maklumat daripada hampir 1 bilion meme yang digunakan di platform tersebut. Maklumat yang didapati ini dipercayai boleh membantu Facebook untuk membenarkan konten positif sahaja di News Feed. Apa pula meme yang anda sering gunakan?

Sumber