Semakin hari industri video atau Facebook Live semakin mula menjadi pilihan dan kebiasaan orang ramai. Sebagai usaha Facebook untuk menyaingi YouTube, Facebook pada minggu ini telah mengeluarkan aplikasi terbaru khusus mereka yang aktif memuat naik video iaitu Facebook Creator.

Melalui aplikasi ini, pengguna berpeluang untuk membaca analisa Facebook berdasarkan jumlah penonton yang menonton video anda. Buat anda yang menjalankan bisnes atas talian di Facebook atau mempromosikan produk mereka di dalam video, aplikasi ini bakal memudahkan anda untuk menghubungkan produk yang ditawarkan terus ke messenger untuk memudahkan proses pembelian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik, kini anda juga boleh terus menjana pendapatan daripada pengiklanan sepertimana YouTube Adsense. Fungsi-fungsi lain bagi Facebook Live antara yang tersedia dimana anda boleh menyertakan intro dan outro anda pada Facebook Live anda agar kelihatan lebih profesional.

Setakat ini aplikasi ini cuma ditawarkan buat pengguna iOS dan bakal ditawarkan buat pengguna Android tidak lama lagi.

Buat anda yang mahu menambah platform untuk menjana pendapatan melalui video selain daripada YouTube, mungkin Facebook Creator antara aplikasi yang boleh anda cuba.