Tidak lama lagi, video di Facebook dan Instagram akan mula tayangkan iklan di pertengahan video yang anda sedang tonton sama seperti di YouTube. Mark Zuckerberg baru-baru ini mula mengesahkan akan mencuba beta testing untuk fungsi iklan ini.

Jadi menurut Facebook, option untuk iklan ini akan muncul selepas 20 saat anda tonton video. Konsep video mid-roll ini adalah untuk memberi revenue kepada publisher video dan tidak pasti lagi sama ada Instagram akan mempunyai fungsi profit-sharing seperti di Facebook. Mungkin fungsi iklan ini juga akan dimasukkan ketika sesi live streaming di Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi nanti sama-samalah kita menanti bila iklan ini akan mula ada di Facebook. Rasa-rasa, potong tak kalau ada iklan di pertengahan video? Komen anda?