Jodoh takkan datang bergolek jika anda tidak berusaha mendapatkannya. Selari dengan arus permodenan, Facebook akan melancarkan aplikasi temu janji dalam talian dalam usaha untuk memudahkan pengguna mencari jodoh.

Kelebihan yang menjadi keutamaan aplikasi ini ialah anda boleh meletakkan ciri-ciri untuk dipersembahkan kepada umum dan boleh memilih lima jenis jantina yang berbeza merangkumi wanita, wanita trans, lelaki, lelaki trans dan golongan bukan binari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

fb dating

Setakat ini, aplikasi temu janji dalam talian ini masih lagi diuji secara lanjut oleh pihak Facebook dan aplikasi ini tidak tersedia sebagai aplikasi yang tersendiri. Bagi mengelakkan percintaan bawah umur, aplikasi ini cuma dikhaskan buat pengguna berumur 18 tahun dan keatas.

Sama-sama kita nantikan kemunculan aplikasi Facebook Dating ini untuk mengetahui keberkesanannya untuk menemukan jodoh tidak lama lagi.

Sumber