Menurut laporan oleh pihak Facebook, kekerapan permintaan data pengguna diminta kerajaan meningkat sebanyak 27 peratus. Kebanyakkan adalah disebabkan masalah politik. Permintaan data pada Januari hingga Jun 2016 naik dari 46,710 sehingga 59,229 berbanding pada separuh tahun yang pertama 2015.

Januari hingga Jun 2016, naik dari 46,710 hingga 59,229 permintaan, berbanding dengan separuh tahun yang pertama pada tahun 2015. Lebih separuh daripada permintaan ini adalah dari kerajaan Amerika Syarikat dan selebihnya dari negara lain. Ini bermaksud bahawa permintaan ini adalah tanpa pengetahuan pengguna.

Manakala permintaan untuk memadam aktiviti yang melanggar undang-udang sesebuah negara berkurangan sebanyak 83 peratus dari 55,829 turun kepada 9,633. Untuk permintaan kecemasan pula, sebanyak 3,016 permintaan dilaporkan di mana maklumat membabitkan saham syarikat yang dikategorikan sebagai risiko kecederaan yang serius atau melibatkan kematian.

Sehubungan itu, Chris Sonderby sebagai Timbalan Ketua Peguam Facebook menyatakan bahawa mereka tidak akan menyediakan ‘pintu belakang’ dan akan meneliti secara terperinci setiap permintaan data pengguna yang diminta oleh kerajaan tidak kira dari mana-mana negara sekalipun.

“Kami tidak akan menyediakan ‘pintu belakang’ kepada kerajaan atau akses secara langsung terhadap maklumat pengguna,” Katanya.

Sumber