Beberapa platform media sosial termasuk Facebook, Instagram dan WhatsApp dilaporkan telah disekat dan mengalami gangguan di Myanmar.

Sekatan dan gangguan itu difahamkan berlaku beberapa hari selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kerajaan negara berkenaan baru-baru ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Facebook melalui jurucakap media sosial itu kepada AFP seperti dipetik Sinar Harian.

Beliau bagaimanapun menjelaskan gangguan itu dialami oleh sebahagian pengguna.

“Kami menyedari bahawa akses ke Facebook kini terganggu untuk sebahagian individu.

“Kami menggesa pihak berkuasa untuk memulihkan perhubungan itu bagi membolehkan penduduk di Myanmar boleh berkomunikasi dengan keluarga dan rakan mereka serta mendapatkan akses tentang maklumat penting,” jelas beliau.

Selain daripada Facebook, platform media sosial WhatsApp dan juga Instagram yang dimiliki Facebook turut dilaporkan mengalami gangguan.

Perkara itu dijelaskan dalam satu kenyataan oleh NetBlocks, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memantau perkhidmatan internet yang terputus di seluruh dunia.

“Produk Facebook yang disediakan oleh pelbagai penyedia perkhidmatan internet kini disekat di Myanmar ketika pihak pengendali (perkhidmatan itu) mematuhi arahan sekatan,” jelas mereka.

Baca kembali perkongsian mengenai wanita ini yang tidak perasan kudeta berlaku di belakangnya ketika sedang asyik bersenam melalui pautan di bawah.

Asyik Menari Dengan Lagu ‘Bang Jago’, Wanita Ini Tak Sengaja Rakam Rampasan Kuasa Di Myanmar

Kenapa Masyarakat Muslim Rohingya Tidak Sepatutnya ‘Merayakan’ Rampasan Kuasa Di Myanmar?