Program Facebook dimana menawarkan ganjaran buat sesiapa yang berjaya menemui bug pada Facebook akhirnya menemui pemenang termuda di dalam sejarah.

Seorang budak berumur 10 tahun yang dikenali sebagai Jani, berjaya untuk mengodam salah satu aplikasi milik Facebook iaitu Instagram dengan keupayaan untuk membuang komen sesiapa sahaja yang dimahukannya di dalam aplikasi tersebut. Tambahnya lagi, beliau juga mampu untuk membuang komen artis terkenal, Justin Bieber jika beliau mahukannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Facebook pada masa yang sama berterima kasih dan kagum dengan keupayaan budak berumur 10 tahun ini serta menghadiahkan $10,000 USD buat Jani berikutan penemuan bug di Instagram ini. Sebelum ini, Jani bersama kembarnya telah menemui bug pada laman Facebook cuma masih belum cukup yakin untuk melaporkan kepada Facebook.

Pada tahun 2015 sahaja, sebanyak 13,000 laporan diterima oleh Facebook dan 526 daripadanya disahkan benar. Syarikat tersebut mengesahkan sebanyak $936,000 USD dengan purata $1,780 USD telah dibayar pada setiap laporan yang diterima pada tahun 2015.

Hebat betul budak 10 tahun sudah mampu menggodam Instagram. Saya masih ingat lagi sewaktu berumur 10 tahun kejayaan terbaik sahaja hanyalah berjaya memuat turun lagu mp3. Itupun sudah cukup hebat bagi saya.

Apakah kejayaan terbaik anda ketika berumur 10 tahun? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Sumber