Gara-gara tindakannya memberikan komen bersifat perkauman di media sosial, seorang wanita dipercayai kakitangan syarikat teknologi global, IBM menerima reaksi negatif daripada netizen tempatan.

Komen tersebut yang dibuat wanita dikenali sebagai Welling Chang dalam hantaran yang tidak dapat dikenalpasti di Facebook itu difahamkan ditujukan kepada masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

11 (1)

Bukan sahaja difahamkan berpendapat kaum Melayu di Malaysia tidak mampu untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik namun dia juga mengatakan masyarakat Melayu di negara ini berfikiran cetek dan tidak berkembang.

Tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan wanita tersebut, netizen Malaysia kemudiannya dilihat melaporkan perkara itu kepada syarikat yang difahamkan merupakan majikan kepada wanita tersebut.

Berdasarkan semakan yang dibuat di akaun Facebook IBM Malaysia yang dikatakan merupakan tempat wanita tersebut bekerja, kami mendapati ruangan komen di hantaran yang dibuat syarikat tersebut dipenuhi dengan komen daripada netizen Malaysia.

222222

Antara komen yang ditinggalkan netizen di akaun Facebook IBM Malaysia

1111

Antara komen yang ditinggalkan netizen di akaun Facebook IBM Malaysia

IBM keluar kenyataan

Menyedari akaun Facebook mereka diserang netizen kerana komen oleh wanita yang dikatakan kakitangan mereka itu, pihak IBM Malaysia akhirnya pada semalam untuk memberi respon mengenai perkara itu.

Dalam hantaran yang dibuat jam 10.52 pagi itu, pihak mereka memaklumkan akan menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Pihak kami sedang menyiasat perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” tulis kenyataan tersebut.

We are investigating this matter and will take appropriate action. IBM is committed to inclusivity and diversity globally and any deviation will not be tolerated or condoned

Posted by IBM Malaysia on Saturday, 8 August 2020

Walaupun perkara tersebut kini berada dalam siasatan selepas gesaan netizen, namun tidak dapat dipastikan sama ada wanita tersebut adalah merupakan kakitangan IBM memandangkan belum ada pengesahan daripada pihak mereka mengenai perkara itu.

Namun begitu, komen bersikap perkauman dan merendahkan keupayaan sesuatu kaum sepatutnya tidak berlaku dalam negara kita yang sememangnya terkenal dengan keharmonian kaum dalam kalangan pelbagai bangsa.

Baru-baru ini juga hangat diperkatakan di media sosial mengenai lelaki ini yang dikatakan merungut apabila barista di sebuah kedai kopi tidak memahami pesanan dalam Bahasa Inggeris. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Niat Perlecehkan Barista Berbahasa Malaysia, Aduan Lelaki Cina Ini Dikecam Hebat Netizen

Universiti Limkokwing Dikecam Selepas Pamer ‘Banner’ Perkauman Dengan Ayat ‘King Of Africa’

Dipukul Ketika Hantar Makanan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Video Tular Di Pulau Pinang

Anda Mungkin Suka