Facebook ternyata mengambil berat dengan pengguna seluruh dunia yang ingin menggunakan Facebook namun sering gagal atas beberapa faktor. Masalah internet yang terlalu perlahan, kekurangan ruang storan dan penggunaan telefon Android versi lama antara faktornya.

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pengguna, Facebook pada hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi terbaru mereka aplikasi terbaru mereka iaitu Messenger Lite. Sama seperti aplikasi Messenger yang sudah lama dilancarkan dan digunakan, cumanya lebih ringan dan tampak lebih ringkas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

download

Dikatakan aplikasi terbaru daripada Facebook ini bakal menyokong telefon-telefon versi lama baik dari segi software mahupun hardware. Penggunaan internet juga dijangka lebih rendah serta tidak memakan bateri dengan terlalu banyak.

Setakat ini, cuma 5 negara yang diumumkan Facebook bakal mendapatkan akses Messenger Lite iaitu Kenya, Tunisia, Sri Lanka, Venenzula dan Malaysia. Agak mengejutkan untuk melihat Malaysia tersenarai berbanding 4 negara yang disebutkan.

Kami berpendapat kemungkinan Malaysia tersenarai disebabkan majoriti rakyatnya gemar menggunakan Facebook. Capaian internet yang perlahan untuk mengakses Facebook antara faktornya.

Sumber