Facebook Live nampaknya turut mengalami sedikit evolusi dan semakin diterima pengguna. Bermula sebagai tempat untuk orang ramai berkongsi rakaman pendek secara santai seterusnya berjaya menjadi platform untuk sebarang webinar yang dijalankan.

Terbaru, Facebook Live telah mengumumkan mereka kini telah menyediakan laman penstriman atau akses ‘Live’ kepada pengguna desktop dan laptop. Dalam erti kata lain, fungsi ini tidak tertakluk buat aplikasi di smartphone sahaja. Fungsi terbaru Facebook ini membolehkan pengguna membuat Live daripada personal account mahupun Facebook Pages.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan adanya fungsi ini pada desktop, dilihat peluang untuk Facebook untuk menguasai beberapa platform live yang lain akan lebih terbuka. Dengan penyediaan audience yang ramai, kemungkinan Facebook bakal mengambil alih tugas Twitch selaku platform buat gamers membuat live stream.

Sumber