Sejak dilancarkan pada tahun 2015, Facebook nampaknya berjaya memberi impak yang besar buat pengguna juga Facebook sendiri. Dilancarkan atas tujuan untuk membolehkan para selebriti live dengan mudah, servis ini kini dibuka untuk orang ramai sejak tahun lepas.

Berdasarkan data yang dikongsikan Facebook, dikhabarkan para pengguna lebih senang untuk menyertakan komen ketika Facebook Live berbanding video yang dimuat naik secara penuh. Mungkin disebabkan keterujaan atau engangement secara terus daripada pengguna yang membuat siaran langsung barangkali.

VS Cover New
HYPE
Victoria’s Secret Buat Jualan ‘Gila’ Sempena Black Friday
Baca lagi →

Atas sambutan ramai, Facebook pada tahun ini bakal menyertakan sebuah lagi fungsi terbaru iaitu Live Chat With Friends dan Live With. Menerusi fungsi terbaru ini, para pengguna berpeluang untuk mengajak rakan live bersama ditempat berbeza dengan paparan split screen seperti yang tertera yang dibawah.

Dalam pada itu, anda perlu menunggu seketika sebelum fungsi ini dilancarkan kesemua negara sepenuhnya. Pengguna iOS dikhabarkan akan menerima fungsi ini terlebih dahulu berbanding para pengguna yang lain.

Sekiranya ada temuramah diantara dua individu atau sesi soal jawap yang dibuka kepada umum, mungkin ini platform yang boleh dipertimbangkan selepas ini.

Anda Mungkin Suka