Lebih kurang dua minggu yang lepas sahaja kita dikhabarkan dengan berita pelancaran pejabat Facebook di Manila dan pada hari ini Naib Presiden Facebook Asia Tenggara, Dan Neary telah melancarkan sebuah lagi pejabat yang bertapak Malaysia.

Dan Neary selaku naib presiden Facebook Asia Tenggara berucap dan mengatakan beliau sangat berbangga serta teruja untuk berkongsi tentang pembukaan Facebook di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Katanya lagi, Malaysia kini mempunyai hampir 18 juta pengguna aktif setiap bulan dimana mewakili 81 peratus rakyat Malaysia. Facebook juga mengesahkan hampir 94% pengguna daripada 12 pengguna aktif setiap hari menggunakan laman sosial ini di telefon pintar mereka.

Hasrat pembukaan Facebook di Malaysia juga berikutan rakyat Malaysia yang gemar melayari laman sosial tersebut sehingga dinobatkan sebagai negara kesepuluh yang paling aktif menggunakan Facebook.

Seperti mana pejabat Facebook di Asia Tenggara ini, Facebook Malaysia akan lebih memfokuskan kepada bisnes dan hubungan baik bersama pemilik bisnes yang ingin meningkatkan penjualan mereka melalui Facebook pages.

Seperti yang diumumkan, pembukaan Facebook Malaysia bakal membantu pemilik perniagaan meningkatkan bisnes melalui laman sosial tersebut. Kami yakin dengan adanya Facebook Malaysia ini sedikit sebanyak bakal membantu pemilik bisnes meningkatkan penjualan mereka melalui FB Ads.