Facebook melaporkan bahawa mereka telah menutup sebuah group yang merancang merekrut ahli untuk mensabotaj permarkahan filem adiwira Black Panther di Rotten Tomatoes. Perkara ini telah disahkan oleh Variety yang mana menyatakan bahawa group tersebut sudah berjaya mengutip bilangan ahli mencecah empat ribu orang.

Group ini dikenali sebagai “Down with Disney’s Treatment of Franchises and its Fanboys,” turut juga membuat Facebook Event yang bertajuk ‘Give Black Panther a Rotten Audience Score on Rotten Tomatoes’ sebagai langkah untuk menurunkan rating.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

black-panther-trailer

Seramai 3,700 orang telah menyertai group ini dengan harapan untuk memberi filem Marvel dan Disney yang akan datang dengan skor ulasan pengguna negatif pada laman web Rotten Tomatoes.

Sebelum ini mereka telah mendakwa telah mensabotajkan permarkahan filem Star Wars The Last Jedi pada Rotten Tomatoes. Black Panther bakal ditayangkan di Malaysia pada 15 Februari ini dan anda boleh tonton filem ini di pawagam berdekatan dengan kawasan anda.

Sumber