Beberapa bulan lepas Facebook dengan kerjasama Instagram telah meletakkan iklan di bahagian timeline Instagram dan kini Facebook juga merancang untuk meletakkan iklan di bahagian Messenger.

Berdasarkan beberapa sumber, syarikat yang berumur 12 tahun ini nampaknya bakal mengeluarkan fungsi iklan di bahagian Messenger ini pada pertengahan tahun ini.

Mark Zuckerberg, chief executive officer of Facebook Inc., speaks during the Facebook F8 Developers Conference in San Francisco, California, U.S., on Wednesday, March 25, 2015. Zuckerberg plans to unveil tools that let application makers reach the social network's audience while helping the company boost revenue. Photographer: David Paul Morris/Bloomberg via Getty Images

Walaubagaimanapun, idea terbaru dari Facebook ini nampaknya bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2014 dimana Zuckerberg tidak berminat untuk meletak sebarang iklan sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan pada platform yang baru dibeli beliau ketika itu iaitu Whatsapp.

Perubahan teknologi pada masa kini nampaknya tidak lagi mustahil buat pihak Facebook untuk melaksanakan idea baru mereka memandangkan Facebook kini mempunyai 800 juta pengguna aktif dan dijangka bakal memberi untung yang besar.

Pihak Facebook juga tidak menafikan perkara ini dan mengatakan mereka juga akan mengawal untuk mengelak iklan-iklan yang tidak diingini masuk ke Messenger pengguna.

Sumber